Menutup Aurat | Memanglah kita
perempuan, bukan disuruh dan diwajibkan pakai tudung labuh yg labuh
bulat tu, labuh bawah siku etc. tapi kita diwajibkan menutup aurat
dengan sempurna.
Iaitu memakai tudung yang tutup dada, tak jarang, tutup rambut, leher, telinga, yang cukup satu set.
Termasuklah melonggarkan pakaian, menutup semua anggota kecuali muka dan tapak tangan kepada orang yang bukan muhrim.
Tips Menutup Aurat
1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan
aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa
ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.
2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan
sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”
5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di
hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi
hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan
langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata
iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah
kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi
usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun
perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah
dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
Kepada siapa aurat boleh diperlihatkan ??
-
” Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka,
atau bapa mentua mereka, atau anak-anak
mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan. ” [ An-Nur : 31 ]
Komentar